Miswar

Assalamualaikum...(reply this regard).. Don't know how to describe this blog.. This blog is for public..anyone can read the article,etc and give any comment.. Your compliment and suggestion for this blog are very appreciated and needed.

Saturday, December 16, 2006

Explanation Of Hadith4


الحَدِيثُ الرّاَبِعُ

Dari Abu Abdurahman Abdullah bin Mas’ud yg berkata: Rasulullah SAW telah bersabda,sedangkan beliau adalah org yg berkata benar dan dibenarkan:

“Sesungguhnya salah seorang dari kamu, penciptaannya telah dihimpun di perut ibunya selama empat puluh hari berupa nutfah(air mani),kemudian menjadi ‘alaqah(segumpal darah) dlm tempoh yg sama, kemudian menjadi mudghoh(seketul daging) dlm tempoh yg sama. Kemudian diutuslah malaikat kepadanya,meniupkan ruh kpdnya, dan diperintahkan utk menulis 4 hal: menulis rezekinya, ajalnya,amalnya dan apakah ia celaka atau bahagia. Demi Allah, yg tiada tuhan selain Dia,sesungguhnya salah seorang dari kamu kadang2 beramal dengan amalan ahli syurga sampai-sampai jarak antara dirinya dgnnya tinggal 1 hasta,namun ia telah didahului oleh kitab, maka ia melakukan amalan ahli neraka, lantas ia pun memasuki neraka. Sesungguhnya, kadang2 salah seorang dari kamu beramal dgn amalan ahli neraka sampai2 jarak antara dirinya dengannya itu tinggal satu hasta,namun ia telah didahului oleh kitab, maka ia melaksanakan amalan ahli syurga, lantas ia pun memasuki syurga” (HR. Al-bukhari dan Muslim)

1. Tambahan perkataan ‘nutfah’ (setitis air mani)

Perkataan ini tidak disebut dalam Bukhari ataupun penceritaan Muslim. Walau bagaimanapun ianya ditambah ke penceritaan yang lain termasuk satu yang dipilih oleh Al-Imam Al-Nawawi untuk melengkapkan tafsiran yang lebih baik tetapi sebagai ganti ia memberi 2 pandangan yang bertentangan tentang penciptaan manusia dalam peringkat janin:

Pandangan pertama:

Peringkat kejadian nutfah,’alaqah, dan mudghoh terjadi 40 hari pada setiap kejadian. Jadi ianya sama dengan 120hari untuk peringkat ini selesai. Selepas itu ruh ditiupkan kedalam fetus dimana ditetapkan rezeki, ajal, amal, dan takdir janin . Satu masalah dalam pandangan ini ialah peringkat ini berlawanan dengan fakta sains kini. Masalah lain ialah berkaitan dengan Fatwa keatas pengguguran. Ulama’ mengatakan yg pengguguran dibenarkan (dgn sbb2 yg baik ..cth: ibu berada dlm bahaya) hanya sebelum ruh ditiupkan ke fetus maknanya sebelum 120 hari. Tapi mengikut fakta ianya 40 hari. Jadi pandangan kedua diambil(lihat bawah)

Pandangan kedua:

Perkataan ‘nutfah’ tidak tekandung dalam skrip hadith. Ini mengubah makna hadith yang mana menafsirkan 3 peringkat janin yg mangambil peringkat selama 40 hari yang pertama. Pandangan ini menghubung antara satu sama lain dengan bukti/fakta saintifik Dan ini bermakna Roh dihembuskan ke dalam fetus(janin) selepas 40 hari dan bukan 120 hari. Dengan sebab itu, Fatwa keatas pengguguran menerangkan pengguguran dibenarkan hanya sebelum 40 hari untuk mengelakkan kehilangan nyawa.

2. Pengesahan bahagian terakhir hadith

Sebahagian ulama’ mengatakan bahagian terakhir hadith ini (i.e.: “Demi Allah…) bukan bahagian dalam skrip Rasulullah, sallallahu’alayhi wasallam, tetapi perkataan ‘Abdullah bin Mas’ud. Tetapi kerana isu hadith ini berhubung kait dengan persoalan yang mana kita tidak boleh mengetahui dengan penglihatan manusia, bahagian ini diterima dan termasuk disini kerana ‘Abdullah bin Mas’ud membabitkan makna dari hadith nabawi yang lain untuk menjelaskan hadith dengan lebih baik.

Terdapat juga hadith lain yang dikumpulkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, yang mana menyentuh isu yang sama. Tapi terdapat beberapa perbezaan antara teks hadith-hadith tersebut dan hadith ini. Hadith-hadith itu menceritakan Rasulullah, sallallahu’alayhi wasallam, yang mengatakan : “Seorang daripada kamu akan melakukan perbuatan ahli syurga(ahlul jannah)yg muncul didepan mata orang.”

Ini menyerupai orang-orang munafik atau hipokrit (wajhaini) –mereka melakukan perbuatan orang mukmin yang muncul didepan mata kita, untuk melakukan perbuatan Ahlul Jannah tetapi Allah mengetahui yang betul. Pengakhiran mereka akan menjadi bencana- dengan menjadi orang munafik mereka sebetulnya mengetepikan suruhan Allah dalam hati mereka, seperti yang difirmankan oleh Allah didalam Al-Quran : “Dan pengakhiran mereka akan berada didalam neraka kerana mereka tidak tunduk kepada Allah dalam hati mereka”. Penjelasan ini iaitu daripada hadith lain adalah penting dalam kefahaman hadith ini.

Pengajaran

Ulama’ mengatakan semasa kita melakukan penyelidikan ke atas konsep ataupun isu yang disebut dalam hadith, kita tidak sepatutnya bergantung hanya kepada satu hadith-kita mestilah mencari persamaan hadith yang lain, yang menyelaraskan dengan isu/perkara yang sama. Kita mesti mengingati yang sebahagian perawi akan menceritakan hadith dengan maknanya, dan tidak begitu tepat yang dikatakan oleh Rasulullah sallallahu’alayhi wasallam. Ini kerana sifat kesemulajadian manusia iaitu sebahagian daripada mereka mungkin terlupa sebahagian daripada perkataan/pengistilahan yang tepat yang digunakan oleh Rasulullah sallallahu’alayhi wasallam – tetapi mereka masih memahami makna yang sebenar apa yang dikatakan.

Kemudian kita perlu membuat perbandingan perbezaan teks hadith keatas isu yang sama dengan satu sama lain supaya mendapat tafsiran yang lebih sempurna dan lebih baik untuk memahami isu/pengistilahan.(there are some of the translated hadith which being process) -originally adapted and translated from http://fortyhadith.iiu.edu.my/hadith04.htm

Wednesday, February 15, 2006

Introduction

My code name is --2r. Only someone who has high-skill in 'Mathematic-Encoding(ceh, cam ler tahu sangat) could identify it. I've educated at KMB (1998-2000) in International Baccalaureate. I've got 7 grade(excellent) and A in TOK and extended essay. 41 points in 6 subjects and three points which are awarded for the Theory of Knowledge subject and the Extended Essay bring the points up to 44. Then I abroad to University Oxford, UK (2000-till now) in Medical Military Corps, Military Engineering, Military Architecture, Military Science, and Military Strategy . I've been ranked as 1st Lieutenant.